Sejarah BAE173

Pra-debut

Sebelum debut, Hangyul dan Dohyon mengambil bahagian dalam rancangan realiti Produce X 101, di mana kedua-duanya berjaya berada dalam barisan terakhir dan berjaya debut dengan kumpulan X1. Selepas pembubaran X1, Hangyul dan Dohyon kemudian memulakan debutnya sebagai duo, H&D, pada bulan April 2020.

Mulai 5 September 2020, teaser ahli-ahli dikeluarkan 3 kali seminggu sehingga semua ahli ditunjukkan. Setelah itu mereka mengumunkan bahawa kumpulan ini akan dinamakan BAE173 diumumkan[1][2]

2020: Debut dengan Intersection: Spark

Mereka mengeluarkan album mini pertama debut mereka Intersection: Spark pada 19 November 2020, dengan single utama "Crush on U".[3] Kumpulan ini mengadakan showcase di dalam talian yang disiarkan secara serentak di Vlive dan Youtube.[4] Video muzik 'Crush on U" telah mencapai 10 juta tontonan dalam 6 hari.[5]

Pada 29 November, kumpulan ini mengeluarkan lagu susulan yang ditujukan untuk peminat bertajuk '모두 너야' ('Every Little Thing is You').[6] Lagu ini juga turut ditulis oleh ahli termuda kumpulan ini iaitu Dohyon.

Rujukan

WikiPedia: BAE173 http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://isni.org/isni/0000000492562843 https://www.instagram.com/official__bae173/ https://n.news.naver.com/entertain/article/241/000... https://n.news.naver.com/entertain/article/421/000... https://n.news.naver.com/entertain/article/609/000... https://n.news.naver.com/entertain/article/609/000... https://n.news.naver.com/entertain/article/609/000...