BASF_Petronas_Chemicals
BASF_Petronas_Chemicals

BASF_Petronas_Chemicals

BASF Petronas Chemicals Sdn. Bhd. merupakan syarikat kimia Malaysia yang ditubuhkan pada 1997 hasil usahasama konglomerat kimia Jerman, BASF dan konglomerat minyak dan gas Malaysia, Petronas melalui anak syarikatnya, PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG).[1] Syarikat itu mengendalikan Tapak Verbund Bersepadu yang terletak di Zon Perindustrian Gebeng, Pahang.[2] Modal saham utama syarikat ini 60% dipegang oleh BASF dan 40% lagi oleh Petronas.[3]Produk utama termasuk monomer akrilik, produk oxo, butanediol, Asid 2-Etilheksanoik, bahan-bahan polyisobutene yang sangat reaktif dan bahan-bahan aroma.[4][2] Sven Crone merupakan Pengarah Urusan syarikat ini sejak 1 September 2017.[5]Pada tahun 2013, Syarikat ini telah melabur RM1.5 bilion untuk mengembangkan operasi di Gebeng, Kuantan, Pahang bagi menghasilkan produk untuk industri wangian dan perasa.[6]BASF Petronas Chemicals menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Malaysia Pahang pada 18 Disember 2018, kerjasama ini melibatkan tujuh bidang utama itu memberi peluang kepada pelajar dan kakitangan UMP mendapatkan kemahiran secara berterusan, perkongsian kepakaran penyelidikan serta program tanggungjawab sosial korporat (CSR) turut diberi perhatian.[7]

BASF_Petronas_Chemicals

Tempat dibekalkan Malaysia
Industri Kimia
Induk
Perancang utama Sven Crone (Pengarah Urusan)
Ibu pejabat Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Laman sesawang www.basf-petronas.com.my
Keluaran Monomer akrilik, pelarut, kimia khusus, ramuan aroma, pemangkin, kimia prestasi, dsb.
Ditubuhkan 1997; 23 tahun yang lalu (1997)
Jenis Awam
Perkhidmatan Pengurusan Rantaian Bekalan, Perkhidmatan Logistik