BATF
BATF

BATF

BATF atau ATF ialah singkatan bahasa Inggeris untuk "Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Letupan" (Bureau of Alcohol, Tobacco, Firearms and Explosives). Ditubuhkan pada tahun 1972 ia pada awalnya berada di bawah Jabatan Perbendaharaan AS. Tetapi selepas 2002, unit penguatkuasaan ini kini berada di bawah Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat. ATF merupakan sebuah badan penguatkuasa persekutuan yang bekerja rapat dengan agensi-agensi lain untuk membenteras sebarang jenayah yang berkenaan dengan alkohol, tembakau, senjata api, letupan dan arson.Ibu pejabat ATF terletak di Washington, walaupun kebanyakan kakitangannya serta operasinya adalah tersebar diseluruh Amerika Syarikat, termasuk juga di beberapa negara di seberang laut. ATF terkenal dengan makmalnya yang dikhaskan untuk penyiasatan pelbagai jenis jenayah dari pembuatan alkohol sehinggalah bahan letupan.