BS_546
BS_546

BS_546

BS 546 merupakan piawaian lama British bagi plag dan soket AC domestik. Ia juga dikenali sebagai Plag Jenis D (bagi plag 3 pin 5A) dan Jenis M (bagi plag 3 pin 15A) dalam dokumentasi AS. Terdapat 6 versi berbeza bagi plag ini yang berlainan saiz serta kadaran arus yang tidak boleh dipalamkan pada soket yang sama. Ia kini digantikan oleh plag dan soket BS 1363, walaupun terdapat sesetengah negara bekas jajahan Brisith yang masih menggunakannya seperti India. Di Malaysia, plag Jenis M (BS 546 15A) juga masih digunakan khusus untuk peralatan berkuasa tinggi seperti penyaman udara.Melalui piawaian ini, setiap soket mempunyai fiusnya yang tersendiri di dalam unit pengguna secara terus, tidak seperti pendawaian BS 1363 di mana dua atau lebih mata soket berkongsi fius yang sama tetapi dengan kadaran arus lebih tinggi seperti 32A. Maka dengan sebab itu plag BS 546 tidak berfius sebagaimana plag BS 1363.Secara teorinya, plag dengan kadaran arus tinggi seperti plag 15A digunakan untuk peralatan elektrik berkuasa tinggi (seperti pemanas elektrik) sementara peralatan berkuasa rendah (seperti radio dan lampu meja) menggunakan plag 5A. Namun demikian, ia didapati tidak begitu memudahkan dan di kebanyakan rumah, plag 15A digunakan untuk segala-galanya.Terdapat 6 jenis plag BS 546 iaitu 2A 2 pin, 5A 2 pin, 2A 3 pin, 5A 3 pin, 15A 3 pin dan 30A 3 pin, namun di dalam rencana ini hanya 2 jenis plag yang paling lazim sahaja yang akan diterangkan iaitu plag 5A 3 pin (Jenis D) dan plag 15A 3 pin (Jenis M).