Sinopsis Baby_Tak_Gila

Mengisahkan tentang Baby (Wafariena) yang mempunyai sikap pelik sejak kecil yang membuatkan dua kakaknya, Tasha (Tunku Hanis) dan Mimie (Zera Hariz) tertekan dengan adik mereka.

Ditambah, perangai manja terlampau Baby itu hanya rela dilayan oleh ibu mereka, Fauziah (Ellie Suriaty) yang ada kala dianggap tidak masuk akal. Apatah lagi, Baby sudah terbiasa hidup senang sejak kecil kerana kasih sayang melimpah-ruah daripada arwah datuk mereka hingga Tasha dan Mimie iri hati.

Apapun, Baby nekad mahu hidup berdikari selepas dia mendapat tawaran kerja daripada rakan lama ibunya, Datuk Alin (Nazia Mustafa). Tindakan Baby itu sebagai menyahut kata-kata terakhir arwah datuknya yang mahu dia belajar berdikari dengan menerokai dunia luar.

Baby yang bekerja di syarikat Datuk Alin berkenalan dengan seorang lagi majikannya, Akram (Syazuwan Hassan) yang tidak bersetuju Baby menjadi pembantu peribadi yang dipilih oleh ibunya itu.

Mengapa Datuk Alin begitu tertarik memberi tawaran kerja kepada Baby di syarikatnya? Mampukah Akram bertahan dengan sikap Baby yang tidak tahu membuat apa-apa kerja sebagai pembantu?

Segala jawapan tentunya ada dalam drama Baby Tak Gila yang padat dengan plot penceritaan merangkumi kisah kekeluargaan, percintaan, konflik serta kasih sayang ini.