Premis Badai_Pesona_Ringgit

Badai Pesona Ringgit diadaptasi dari fail siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dengan sinopsis dan watak telah dipinda bagi memenuhi kesesuaian jalan cerita. Ia berkisarkan tentang tugas-tugas pegawai BPR dalam mengejar masa bagi menangani gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pelbagai cabaran dan rintangan dihadapi demi memastikan negara dan rakyat bebas daripada rasuah.[3]