Kategori Badminton_di_Sukan_Paralimpik_Musim_Panas_2020

Acara yang dipertandingkan adalah sama seperti dalam Sukan Olimpik, iaitu 5 acara:[4]

  • Perseorangan Lelaki
  • Perseorangan Perempuan
  • Beregu Lelaki
  • Beregu Perempuan
  • Beregu Campuran

Klasifikasi

Terdapat enam klasifikasi bagi badminton dalam Sukan Paralimpik 2020:[5]

  • WH1: Pemain yang menggunakan kerusi roda dan mempunyai kecacatan pada kedua-dua kakinya serta/atau pada bahagian batang tubuhnya (disebabkan kecederaan pada saraf tunjang).
  • WH2: Pemain yang menggunakan kerusi roda dan mempunyai kecacatan pada salah satu atau kedua-dua kakinya serta tidak mempunyai kecatatan pada bahagian batang tubuhnya (atau kecacatan yang minimal).
  • SL3: Pemain bermain secara berdiri dan mempunyai kecacatan di salah satu atau kedua-dua kakinya dan mempunyai masalah keseimbangan semasa berjalan/berlari.
  • SL4: Pemain bermain secara berdiri dan mempunyai kecacatan di salah satu atau kedua-dua kakinya dan tidak mempunyai masalah keseimbangan semasa berjalan/berlari (atau kecacatan yang minimal).
  • SU5: Pemain yang mempunyai kecacatan pada tangannya, sama ada tangan yang memegang raket (mempunyai masalah memegang dan sebagainya) atau tangan yang tidak memegang raket (mengganggu keseimbangan pemain)
  • SH6: Pemain yang mempunyai masalah tumbesaran dan berketinggian pendek.

Berkaitan

Badminton Badminton di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 – Perseorangan lelaki Badminton di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 – Perseorangan wanita Badminton di Sukan Olimpik Musim Panas 2012 – Perseorangan lelaki Badminton di Sukan Olimpik Musim Panas 2012 – Perseorangan wanita Badminton di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 – Beregu lelaki Badminton di Sukan Paralimpik Musim Panas 2020 Badminton di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 – Beregu wanita Badminton di Sukan Olimpik Musim Panas 2016 – Peseorangan lelaki Badminton di Sukan Olimpik Musim Panas 2020 – Beregu campuran