Sejarah Bagnolet

Pada 1 Januari 1860, kota Paris diperbesarkan dengan menggabungkan komun-komun berdekatan. Dalam pada itu, sebahagian kecil komun Bagnolet digabungkan dengan kota Paris. Pada masa yang sama, komun Charonne dimansuhkan dan dibahagikan antara kota Paris, Bagnolet, dan Montreuil. Bagnolet menerima sebahagian kecil daripada jajahan Charonne.

Pada 24 Julai 1867, sebahagian daripada jajahan Bagnolet dikeluarkan dan digabunkan bersama sebahagian daripada jajahan Romainville dan sebahagian daripada jajahan Pantin untuk membentuk komun Les Lilas.

Di bandar ini pernah berdirinya Château de Bagnolet.