Menu
Bahasa pasar Indonesia Bahasa pasar setempatBandung ialah ibu kota provinsi Jawa Barat yang kuat dipengaruhi kebudayaan Sunda. Bahasa Sunda terdiri daripada tiga golongan, iaitu golongan atasan (beradab), pertengahan, dan bawahan (biadab). Bahasa pasar Bandung sering memakai kata ganti nama Sunda bawahan iaitu aing (aku) dan sia (kau).
Jakarta ialah ibu negara Indonesia yang diduduki lebih 12 juta orang. Bilangan penduduk sebesar ini tidak dinafikan telah memainkan peranan dalam pembentukan bahasa pasar Jakarta. Contoh:
Bahasa pasar ini ditutur di provinsi Jawa Tengah dan kota Yogyakarta yang dikuasai bahasa Jawa. Macam bahasa Sunda, bahasa Jawa juga ada tiga golongan kosa kata berasaskan tahap keadaban. Golongan biasa selalu bertutur dalam campuran bahasa Jawa golongan bawahan dan pertengahan dengan bahasa Indonesia. Sesetengah penduduk bukan Jawa mencampurkan loghat-loghat sendiri juga maka terbentuknya bahasa pasar Jawa Tengah.
Bahasa pasar Yogyakarta juga dikenali sebagai Basa Walikan (Bahasa Terbalik)[2], iaitu suatu transformasi dari bahasa Jawa yang mana susunan aksara Jawa lama ditukar sesama sendiri mengikut rumus berikut:
Misalnya, kata seru Matamu! diubah menjadi Dagadu!. Anda boleh menggunakan enjin-enjin Basa Walikan seperti Easy Prokem Translator untuk memudahkan pemahaman Basa Walikan.
Menu
Bahasa pasar Indonesia Bahasa pasar setempatBerkaitan
Bahasa Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Cina Bahasa Sanskrit Bahasa Ibrani Bahasa Melayu Malaysia Bahasa Kadazandusun Bahasa SulukRujukan
WikiPedia: Bahasa pasar Indonesia http://hanacaraka.fateback.com/plestJogja.htm http://www.kejut.com/partikelindo http://www.malesbanget.com/kamus/ http://java.sandalian.com/ http://www.ialf.edu/bipa/march2002/bahasaabg.html http://www.seasite.niu.edu/indodict/diction.htm http://www.ethnologue.org/show_language.asp?code=i... http://www.webcitation.org/query?id=12565471183005... http://wikibooks.org/wiki/Indonesian http://en.wiktionary.org/wiki/Category:Indonesian_...