Bahasa Arab Maghreb merupakan istilah liputan untuk
jenis-jenis Bahasa Arab yang dituturkan di
Maghreb, termasuk
Maghribi,
Tunisia,
Algeria, dan
Libya. Penutur Bahasa Arab Maghreb menggelar bahasa mereka sebagai
Derija atau Darija, yang bermaksud "loghat".Bahasa ini biasanya digunakan secara lisan lisan; komunikasi bertulis biasanya dilakukan dalam
Bahasa Arab Piawai Moden, bersama dengan siaran berita. Derija digunakan bagi kesemua komunikasi lisan, dan juga dalam drama TV serta papan pengiklanan di
Maghribi dan
Tunisia. Derija mempunyai banyak perkataan pinjaman daripada bahasa-bahasa penjajah Afrika Utara, termasuk
Perancis dan
Sepanyol, dan juga perkembangan bebas, sesetengahnya kemungkinan disebabkan oleh
substratum bahasa Berber. Loghat Maghrebi kesemuanya menggunakan awalan n- sebagai kata ganti nama diri tunggal pada
kata kerja, membezakan dengan loghat Timur Tengah dan
Bahasa Arab piawai. Mereka sering meminjam perkataan daripada
bahasa Perancis (di Morocco, Algeria dan Tunisia),
bahasa Sepanyol (di Morocco), dan
bahasa Itali (di Libya dan sesetengah di Tunisia) dan
mengubah bentuk kata kerja mengikut peraturan bahasa Arab. Oleh sebab bahasa ini jarang ditulis, tiadanya piawaian dan bahasa ini bebas untuk berubah dengan cepat dan menyerap kosa kata baru daripada bahasa-bahasa jiran. Ini adalah sama seperti apa yang berlaku pada
Bahasa Inggeris Tengah selepas pennaklukan Norman.Dalam beberapa abad selepas taklukan Islam, Bahasa Arab hanya dituturkan di bandar raya di Maghreb. Selepas beberapa ratus tahun barulah bahasa ini memasuki kawasan luar bandar dan kawasan nomad dengan biaya
bahasa-bahasa Berber, namun kedua-dua bahasa ini wujud bersama hingga kini.