Bahasa_Arab_Selatan_Kuno

Bahasa Arab Selatan Kuno[2][3][4] (juga dikenali sebagai Arab Selatan Purba, Arab Selatan Lama, Arab Selatan Epigrafi, Ṣayhadi, atau Yamani) ialah sekumpulan empat bahasa pupus yang berkait rapat (Saba/Sabai, Qatabani, Hadramiti, Minai) dituturkan di bahagian paling selatan Semenanjung Arab. Rekod terawal yang terpelihara kumpulan tersebut berasal dari permulaan alaf pertama SM.[5] Kesemuanya ditulis dalam aksara Arab Selatan Purba.Terdapat beberapa bahasa Arab Selatan Lama yang lain (contohnya, Awsāni), yang mana hanya sedikit bukti yang masih ada. Dua bahasa yang mungkin serumpun dengan Sayhadi yang masih hidup ialah bahasa Razihi dan bahasa Faifi yang dituturkan jauh di barat laut Yaman, namun variasi ini mempunyai ciri-ciri Arab dan Sayhadi, dan sukar untuk mengelaskannya jika ia dialek bahasa Arab dengan substratum Sayhadi, atau bahasa Sayhadi yang telah distruktur semula kerana tekanan bahasa Arab.

Rujukan

WikiPedia: Bahasa_Arab_Selatan_Kuno http://glottolog.org/resource/languoid/id/sayh1236 http://e-learning.tsu.ge/pluginfile.php/5868/mod_r... https://doi.org/10.1017%2FCBO9780511486890 https://doi.org/10.1093%2Fjss%2Ffgn048 https://www.academia.edu/4367157 https://web.archive.org/web/20141130113229/http://... http://www.aulaorientalis.org/AuOr%20escaneado/AuO... https://www.wikidata.org/wiki/Q35025#identifiers http://uli.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=NL... https://id.loc.gov/authorities/subjects/sh98000742