Menu
Bahasa_Banyumasan SejarahMenurut para pakar bahasa, sebagai sebahagian daripada bahasa Jawa maka dari semasa ke semasa, bahasa Banyumasan mengalami peringkat-peringkat perkembangan sebagai berikut:
Tahap-tahapan perkembangan ini sangat dipengaruhi oleh munculnya kerajaan-kerajaan di pulau Jawa yang juga menimbulkan tumbuhnya budaya-budaya feudal. Implikasi selanjutnya adalah pada perkembangan bahasa Jawa yang melahirkan tingkatan-tingkatan bahasa berdasarkan status sosial. Tetapi pengaruh budaya feudal ini tidak terlalu signifikan menerpa masyarakat di wilayah Banyumasan. Itulah sebabnya pada tahap perkembangan pada era bahasa Jawa moden ini, terdapat perbedaan yang cukup jelas antara bahasa Banyumasan dengan bahasa Jawa baku (Yogyakarta-Surakarta) sehingga di masyarakat Banyumasan timbul istilah bandhekan untuk bermaksud bahasa Jawa Yogya-Solo, atau biasanya disebut sebagai bahasa wetanan (timur).
Menurut M. Koderi (salah seorang pakar budaya & bahasa Banyumasan), kata bandhek secara morfologi berasal daripada perkataan gandhek yang bermaksud "orang suruhan" atau "yang diperintah", maksudnya orang suruhan Raja yang diutus ke wilayah Banyumasan. Mereka ini tentu menggunakan Bahasa Jawa Piawai (Surakarta / Yogyakarta) yang memang berbeza dengan bahasa Banyumasan.
Menu
Bahasa_Banyumasan SejarahBerkaitan
Bahas Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Sanskrit Bahasa Aramia Bahasa Thai Bahasa-bahasa Austronesia Bahasa Ibrani Bahasa CinaRujukan
WikiPedia: Bahasa_Banyumasan http://hanacaraka.fateback.com/logat_bms.htm http://map-bms.wikipedia.org/wiki/Main_Page