Ciri-ciri Bahasa_Inggeris_Malaysia

  • Bahasa Inggeris Malaysia secara amnya bukan rhotik, meskipun semua sebutan /r/ memang digunakan dalam Bahasa Melayu.
  • Bahasa Inggeris Malaysia berasal daripada Bahasa Inggeris British.
  • Ia mengandungi komponen daripada Bahasa Inggeris Amerika, Melayu, Cina, India dan beberapa bahasa lain dari segi kosa kata, sebutan dan tatabahasa.
  • Tidak seperti Bahasa Inggeris British utara dan kebanyakan jenis Bahasa Inggeris Amerika, Bahasa Inggeris Malaysia mempunyai bunyi A lebar, oleh itu perkataan seperti "bath" (mandi) and "chance" (peluang) terdapatnya /ɑː/ dan bukan /æ/.
  • Fonem /t/ dalam perkataan seperti "butter" (mentega) disebut sebagai sebutan letusan hentian (sebagaimana beberapa bentuk lain dalam Bahasa Inggeris British, termasuklah Cockney).
  • Tidak ada pengguguran sebutan h dalam perkataan seperti "head" (kepala).
  • Bahasa Inggeris Malaysia tiada pengguguran yod selepas sebutan /n/, /t/ dan /d/. Oleh itu, sebagai contoh, perkataan seperi, "new", "tune" dan "dune" disebut sebagai /njuː/, /tjuːn/ and /djuːn/ dan bukannya /nuː/, /tuːn/ dan /duːn/.