Bahasa Melayu Kelantan atau
Bahasa Kelantan (
tulisan Jawi:
بهاس ملايو کلنتن ) atau dikenali juga sebagai
"kecek kelate" ialah sebuah
Bahasa Austronesian dan
bahasa lisan setempat yang digunakan di negeri ,
Malaysia, dan bahagian utara
Terengganu di daerah
Besut,
Setiu dan
Pulau Perhentian juga segelintir di
Merapoh,
Pahang kerana terdapat orang Kelantan menduduki di sana. Masyarakat di beberapa daerah di
Kedah seperti
Baling,
Sik dan
Padang Terap juga bertutur dalam dialek setempat ini disebabkan penduduk Melayu setempat mereka mempunyai darah keturunan Kelantan-Pattani. Malah daerah di
Perak seperti
Hulu Perak (misalnya di bandar
Grik dan
Pengkalan Hulu) juga bertutur dalam loghat yang hampir serupa dengan bahasa Melayu Kelantan kerana faktor persempadanan geografinya yang hampir dengan negeri Kelantan. Ia kadangkala tidak dapat difahami penutur bahasa Melayu piawai, walaupun ia mempunyai banyak persamaan.Pada asasnya, ianya ialah bahasa yang sama atau sebuah varian
Yawi yang merentasi sempadan di
Thailand, Yawi merupakan salah satu bahasa, Yawi (Jawi dalam bahasa Melayu) merujuk kepada terjemahan
Arab untuk penulisannya. Bagaimanapun, mungkin terdapat beberapa perbezaan pendapat antara sebelah Yawi dan sebelah Kelantan, satu kajian terperinci perlu dilakukan untuk mengetahui siapa yang benar-benar mengetahui.Kelantan secara tradisinya menulis Arab, sebagai Yawi. Terdapat pendapat mengatakan yang adalah sepenuhnya bertentangan dengan
bahasa Melayu baku, dan bahasa Melayu Kelantan adalah lebih tua dan mempunyai sejarah yang lebih bermakna (menulis Bahasa Arab) daripada bahasa Melayu baku. Ianya berakraban dengan
Bahasa Melayu Terengganu tetapi berbeza dengan bahasa Melayu baku.Demo iley kawe demo ado dio kalu kawe iley demo kawe takdop sapo² boh sorei diri jah soyok rabok hati kawe