Pengelasan Bahasa_Rejang

Bahasa Rejang tidak hampir sama dengan bahasa-bahasa Melayu-Polinesia. McGinn (2009) telah mengelaskan bahasa ini di antara bahasa Bidayuh dari Borneo, serta dekat dengan bahasa Bukar Sadong.[1] Terdapat pandangan yang mengatakan bahasa ini mempunyai kaitan dengan bahasa baharu iaitu bahasa Nasal.[2]

Bahasa Rejang mempunyai dialek yang berbeza di antara daerah, seperti dialek Lebong di Bengkulu Utara, dan dialek Kepahiang. Terdapat perbezaan pada loghat dan pengucapan.

  • Contoh:
lak (Rejang Kepahiang) > lok (Rejang Lebong) = mahubei (Rejang Kepahiang) > slawei (Rejang Lebong) = wanita

Terdapat pelbagai istilah yang berbeza dalam bahasa Rejang, bergantung kepada daerah dan dialek Rejang. Selain itu, daerah Kepahiang mempunyai pelbagai kumpulan, termasuklah Rejang Merigi, Rejang Taba, Rejang Batu Bandung, Rejang Keban Agung, serta banyak lagi.