Bahasa_perihal_halaman

Bahasa perihal halaman (Page description language - PDL) ialah bahasa yang memerihalkan wajah sesuatu halaman bercetak pada tahap yang lebih tinggi daripada peta bit output yang sebenar. Satu istilah yang bertindih dengan istilah itu ialah bahasa kawalan pencetak (PCL) tetapi ia harus tidak dikelirukan sebagai merujuk hanya kepada PCL Hewlett-Packard. PostScript, salah satu bahasa perihal halaman yang paling terkenal, ialah sebuah bahasa pengaturcaraan yang lengkap, berbanding dengan kebanyakan PDL yang tidak cukup lengkap untuk dianggap sebagai sebuah bahasa pengaturcaraan. Bahasa markap perihal halaman ialah penyesuaian bahasa markap PDL.{Bahasa perihal halaman merupakan strim data teks atau data perduaan. Dari segi prinsip, strim data yang sama boleh dipergunakan banyak kali untuk menjanakan banyak salinan imej yang sama. Ia tidak sama dengan grafik antara muka pengaturcaraan penggunaan (API), seperti Antara Muka Peranti Grafik (GDI) dan OpenGL, yang boleh dipanggil oleh perisian untuk menjanakan output grafik.