Bahruddin_Bekri

Bahruddin Bekri atau nama sebenarnya Mohamad Bahruddin bin Mohamad Bekri., ialah seorang penulis buku fiksyen di Malaysia. Bukunya banyak diterbitkan oleh syarikat PTS Media Group Sdn Bhd.[1]Mohamad Bahruddin bin Mohamad Bekri berasal daripada Kampung Iboi Ulu, Sadong Jaya, Sarawak. Beliau memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Iboi / Pelandok sebelum menyambung ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sadong Hilir (Semera). Selepas SPM penulis melanjutkan pelajaran ke matrikulasi UPM dan seterusnya ke Bachelor Ekonomi, juga di UPM.Penulis mula menulis secara serius bermula pada tahun 2007. Sehingga kini, sudah lebih 20 buah bukunya diterbitkan. Novel 'Doa Untuk Aku' sudah diadapatasi menjadi drama televisyen. Beliau memilih gaya penulisan yang sederhana dan mudah bagi difahami pembaca. Genre yang senang beliau uliti adalah genre berkenaan kehidupan manusia-manusia kecil. Antara kelebihan penulis, beliau mampu mengangkat tema-tema kecil menjadi sesuatu yang sangat dalam dan membuatkan pembaca terfikir-fikir. Gaya bahasanya walaupun mudah dan sederhana, tetapi lenggoknya memberikan rantaian keindahan apabila dibaca.Beliau sekarang bertugas sebagai editor di sebuah syarikat penerbitan buku terkenal Malaysia. Di samping menulis buku, beliau juga adalah seorang bapa kepada dua orang puteri (setakat artikel ini ditulis), juga sering dijemput menjadi pencermah penulisan kepada remaja.