Baju_luar
Baju_luar

Baju_luar

Baju luar (overalls atau dungarees) ialah sejenis pakaian yang selalu digunakan sebagai kelengkapan perlindungan semasa bekerja, namun ia kini juga diperagakan untuk tujuan fesyen subbudaya tertentu.[1] Pakaian ini lazimnya diperbuat daripada denim, namun ia juga boleh dihasilkan daripada kain lain yang tertentu seperti corduroy atau chino.Pakaian ini mula dihasilkan pada dekad tahun 1890-an oleh Levi Strauss dan Jacob Davis di Levi Strauss & Co.[2]