Jenis Baju_panas

Terdapat pelbagai jenis baju panas yang wujud mengikut cara ia dipakai:

  • kardigan - dipakai dengan menyemat kancing butang atau zip pada dua-dua belah baju
  • pullover - dipakai dengan menyarungkan atas kepala lalu lolos bukaan khusus sepertimana baju yang biasa
  • rompi (sweater vest) - sejenis baju panas tanpa lengan dan berbukaan besar untuk memudahkan ia dipakai menyarungi kemeja berkolar dalam persekitaran tertentu

Baju panas yang sejenis boleh didapati dalam rekaan berbeza-beza mengikut citarasa:

  • berleher tinggi (turtleneck atau polo neck): leher baju yang dijahit melipat sambil merapati dan menutupi leher
  • berleher bulat (crewneck atau roundneck): membulat di bawah leher dan atau kerongkong pemakai
  • berleher V: bukaan yang khusus untuk menampakkan kolar baju kemeja
  • bertopi/berhud (hooded): dipasangkan suatu hud untuk melindungi pemakai daripada cuaca sangat sejuk - baju panas jenis ini turut diberi nama hoodie [hu-di].

Berkaitan