Bal

Bal (Melayu: Madu) ialah sebuah filem drama Turki 2010, filem ketiga dan terakhir dalam siri "Trilogi Yusuf". Filem ini menggondol anugerah filem terbaik dalam Festival Filem Antarabangsa Berlin ke-60, pada 16 Februari 2010.[1]Bal bermaksud madu. Pengarah filem ini, Semih Kaplanoglu menerima arca Beruang Emas (Goldener Bär). Filem ini hasil produksi Turki - Jerman, dan dirakam di kawasan pergunungan Turki. Sebelum ini filem Turki bertajuk Susuz Yaz pernah menang pada 1964.[1] Filem ini bakal ditayangkan di Turki pada 12 Mac 2010.Pelakon utamanya ialah Bora Altaş yang berusia 8 tahun, sebagai Yusuf semasa kecil. Filem ini adalah tentang 'trilogi Yusuf'. Mulanya Yumurta (telur) pada 2007 dan diikuti Sut (susu) pada 2008. Trilogi ini berjalan dalam urutan kronologi terbalik.[2] Ia tentang pandangan seorang kanak-kanak terhadap dunia. Filem ini menewaskan 19 filem lain.