Penerbitan Balada_Pencinta

Balada Pencinta merupakan filem kedua arahan Khir Rahman selepas filem pertama beliau, ...Dalam Botol (2011) yang telah diterima baik oleh rata rata pengkritik filem tempatan. Katanya: "Saya bersyukur dengan kepercayaan yang diberi oleh Tengku Iesta Tengku Alaudin dan Grand Brilliance dalam memberi peluang buat saya untuk meneruskan usaha belajar dan menyelami ilmu pengarahan filem. Saya telah lakukan yang terhabis baik untuk filem ini dan harapan saya buat masa ini adalah hanya untuk ia diterima oleh penggemar dan pengkritik filem di luar sana." Dalam filem ini, beliau turut menulis 2 buah lagu baru yang bertajuk "Terima Kasih Aishah" dan "Nanti" yang diilhamkan dari filem ini. Johan As'ari dan Siti Saleha dipilih sebagai pelakon utama dan cukup sesuai dengan karakter yang telah diberikan. Antara pelakon–pelakon lain yang turut membintangi filem ini adalah Miera Leyana, Iedil Putra, Sein Ruffedge, Azhan Rani, Norish Ismail, Ngasrizal Ngasri, Faizal Hussein, Dato Jalaluddin Hassan dan Dian P. Ramlee. Penggambaran filem ini dijalankan di sekitar Kuala Lumpur pada Jun 2012 dan dimuktamadkan pada Julai 2012.[4][5][6]