Sejarah Balenciaga

Gaun Balenciaga di Florence, Itali.

Cristóbal Balenciaga membuka butik pertamanya di San Sebastián, Sepanyol pada 1918, yang mana ia berkembang, termasuk cawangan di Madrid dan Barcelona.[4] Keluarga kerajaan Sepanyol dan aristokrasi menggunakan rancangannya, tetapi ketika terjadi Perang Saudara Sepanyol memaksanya untuk menutup kedainya dan Balenciaga berpindah ke Paris.[4][5]

Balenciaga membuka kedai jahitnya di Paris di Avenue George V pada Ogos 1937, dan pertunjukan fesyen pertamanya mengutamakan rekaan yang dipengaruhi oleh Renaisans Sepanyol.[4] Kejayaan Balenciaga di Paris terus hadir, dalam dua tahun, media Perancis memuji Balenciaga sebagai revolusioner, dan rekaannya banyak dicari.[4] Carmel Snow, penyunting Harper's Bazaar merupakan pembeli rekaannya.[6]

Rujukan

WikiPedia: Balenciaga http://www.amazon.com/Dash-Daring-Carmel-Fashion-L... http://www.balenciaga.com http://cristobalbalenciagamuseoa.com/ http://www.iht.com/articles/2006/02/26/opinion/rpr... http://www.thelondonpaper.com/galleries/paris http://www.vogue.com/voguepedia/Balenciaga http://www.otis.edu/life_otis/faculty_life/faculty... http://web.archive.org/web/20070311030353/http://w... http://www.metmuseum.org/toah/hd/bale/hd_bale.htm http://www.vam.ac.uk/collections/fashion/features/...