Penerbitan Balistik_(filem)

Skrip filem ini telah ditulis oleh Rosyam Nor pada tahun 2009.[4] Majlis pelancaran filem ini telah dilakukan di Holiday Villa, Subang pada 15 Julai 2012. Pada mulanya tajuk filem ini ialah 'Balistik 045' sebelum nombor '045' itu digugurkan. Asalnya, RM 3 juta[5] telah diperuntukkan untuk filem ini tetapi telah berjaya dikurangkan oleh pihak produksi. Sebanyak 1 ribu peluru telah digunakan sepanjang produksi filem ini (bersamaan dengan RM 450 ribu)[6] dengan 5 buah kereta telah diletupkan.Filem ini menjalani penggambaran selama 35 hari termasuk ketika Ramadan di sekitar Kuala Lumpur dan Klang. Filem ini turut menggunakan khidmat pakar aksi lasak profesional dari Hong Kong.[7] Filem ini merupakan filem pertama Rita Rudaini dalam tempoh lima tahun selepas filem terakhirnya iaitu Cinta pada tahun 2006.[8] Ady Putra telah dipantau oleh beberapa orang anggota polis dari Bukit Aman untuk memastikan wataknya sebagai Nizam, seorang pegawai polis dilakonkan dengan betul.[9]

Rujukan

WikiPedia: Balistik_(filem) http://www.astroawani.com/berita-hiburan/enam-tahu... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://www.imdb.com/title/tt3466962/ http://mediahiburan.karangkraf.com/trending/filem-... http://www.malaysiandigest.com/hiburan/482154-adi-... http://www.ohbulan.com/top-5-filem-tempatan-paling... http://www2.bharian.com.my/articles/Makinberusiama... http://www.cinema.com.my/movies/details.aspx?searc... http://www2.hmetro.com.my/articles/PerapBalistikdu... http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/ar...