Bally_Astrocade
Bally_Astrocade

Bally_Astrocade

Bally Astrocade merupakan konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat elektronik Bally pada tahun 1977 dan merupakan konsol pada generasi kedua[1]. Konsol ini terkenal dengan kebolehan menjana imej grafik yang tinggi yang tidak terdapat pada mana-mana konsol lain dalam generasinya[2].Semenjak konsol ini dilancarkan, konsol ini telah beberapa kali menukar nama kerana pengambilalihan syarikat, semasa dilancarkan konsol ini diberi nama Bally Professional Arcade, kemudian apabila syarikat Bally tidak berminat untuk meneruskan sokongan terhadap konsol ini, syarikat Astrovision telah membeli hak cipta untuk pasaran konsol ini dan mereka memasarkan konsol dengan nama Bally Computer System[3]. Kemudian, pada tahun 1982, syarikat Astrovision sekali lagi menukar nama konsol ini dengan nama Bally Astrocade sehingga krisis permainan video berlaku pada tahun 1983[4].

Bally_Astrocade

Media Katrij ROM
CPU Zilog Z80 berkelajuan 1.789 MHz
Pengilang Bally, Astrovision
Generasi Generasi kedua
Ketersediaan runcit 1977
Jenis Konsol permainan video