Sejarah Bamboo_Airways

Syarikat penerbangan ini ditubuhkan pada Tahun 2017 dan mengemukakan permintaannya kepada perdana menteri Vietnam untuk mendapatkan persetujuan.[16] Bertujuan untuk menggaji hingga sebanyak 600 pekerja, pengambilan kakitangan bermula pada Bulan April Tahun 2018. [17] AOC syarikat penerbangan itu diberikan pada Tarikh 9 Julai 2018. Syarikat Penerbangan Bamboo Airways kemudian melepasi lima peringkat untuk disahkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Vietnam. [18] Selepas mengkaji struktur kewangan dan rancangan perniagaan syarikat penerbangan tersebut, Kementerian Pengangkutan mengeluarkan lesen penerbangan pada Bulan November Tahun 2018. [19]

Kami mempunyai strategi yang jelas untuk membina Bamboo Airways sebagai syarikat penerbangan bertaraf 5 bintang yang beroperasi di dalam dan luar negara. Selain model perniagaan yang luar biasa, kami juga berhasrat untuk memberikan standard perkhidmatan baru kepada penumpang kami dengan keselesaan, kelonggaran dan kepuasan dalam setiap perjalanan - Trinh Van Quyet, Ketua Kumpulan FLC. [20]

Operasi dimulakan pada Tarikh 16 Januari 2019, dengan Armada Airbus siri A320 yang disewa menghubungkan Bandaraya Ho Chi Minh dengan Hanoi. [21]

Rujukan

WikiPedia: Bamboo_Airways http://www.nhandan.com.vn/bancanbiet/item/39126902... http://vietnamnews.vn/brand-info/524462/bamboo-air... http://vneconomy.vn/news-2019042210375258.htm https://www.airbus.com/content/dam/corporate-topic... https://talent.bambooairways.com/home https://www.bambooairways.com/cz-en/company/press-... https://www.bambooairways.com/cz-en/company/press-... https://www.bambooairways.com/en/travel-informatio... https://www.bambooairways.com/global-en/ https://www.bambooairways.com/global-en/company/ge...