Bandai_Super_Vision_8000

Bandai Super Vision 8000 merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Bandai pada tahun 1979. Konsol ini tergolong dalam generasi kedua konsol permainan video. Konsol ini mempunyai input TV yang membolehkan konsol ini disambung ke television untuk memperlihatkan imej grafik[1].Untuk rekod, hanya 7 permainan video sahaja yang dikeluarkan untuk konsol ini dan kesemuanya dibangun dan dikeluarkan oleh Bandai[2]. Konsol ini tidak mendapat sambutan ramai kerana harga yang ditawarkan adalah mahal pada ketika itu serta tidak banyak permainan video yang dikeluarkan[3]. Konsol ini ditamatkan tidak sampai setahun selepas pelancarannya[3].

Bandai_Super_Vision_8000

Media Katrij ROM
CPU NEC D780C 8-bit berkelajuan 3.58 MHz
Pengilang Bandai
Generasi Generasi kedua
Ketersediaan runcit 1979
Jenis Konsol permainan video