Bandar Raya New York
Bandar Raya New York

Bandar Raya New York

New York merupakan bandaraya yang paling ramai penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan juga pusat kawasan metropolitan New York, salah sebuah kawasan metropolitan yang teramai penduduknya di dunia. Sebagai sebuah bandar raya global utama, New York memancarkan pengaruh hebat terhadap perdagangan, kewangan, media, kebudayaan, kesenian, fesyen, penyelidikan, pendidikan dan hiburan sedunia. Sebagai tuan rumah Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, ia juga menjadi pusat siasah antarabangsa yang penting. Bandaraya ini dipanggil Bandar Raya New York atau Kota New York untuk membezakannya daripada negeri New York di mana terletaknya bandar raya ini.Bandar raya ini terletak di sebuah pelabuhan semula jadi yang besar di pantai Atlantik Amerika Syarikat Timur Laut di mana ia terdiri daripada lima daerah perbandaran (borough), iaitu The Bronx, Brooklyn, Manhattan, Queens dan Staten Island. Pada tahun 2009, dianggarkan bahawa jumlah penduduknya menghampiri 8.4 juta,[1] di atas tanah berjumlah keluasan 305 batu persegi (790 km2),[2][3][4] Bandar raya ini ialah bandar raya utama yang paling padat dengan penduduk di AS.[5] Jumlah penduduk di seluruh kawasan metropolitan New York juga yang terbesar di negara itu ialah kira-kira 19.1 juta orang yang menduduki tanah seluas 6,720 batu persegi (17,400 km2).New York didirikan sebagai pusat perdagangan komersil oleh pendatang Belanda pada tahun 1624. Petempatan ini dinamai New Amsterdam sehingga tahun 1664 apabila jajahan ini dikuasai oleh penduduk Inggeris.[6] New York menjadi ibu negara Amerika Syarikat mulai tahun 1785 hingga 1790[7], tetapi kekal sebagai bandaraya terbesar di negara ini sejak tahun 1790.[8] Sebanyak 800 bahasa dipertuturkan di Bandaraya New York, menjadikannya bandaraya yang paling pelbagai bahasanya di dunia.[9]Banyak daerah dan mercu tanda di bandar raya ini sudah tidak asing lagi kepada orang luar. Patung Liberty menyambut kedatangan jutaan penghijrah yang tiba di Amerika pada abad ke-19 dan ke-20. Times Square yang dianggap sebagai lambang kepada "Persimpangan Dunia", merupakan pusat daerah teater Broadway yang berwarna-warni, salah sebuah persimpangan jalan yang tersibuk di dunia serta sebuah pusat industri hiburan yang terulung di dunia. New York bersaing dengan London sebagai pusat kewangan dunia[10][11][12][13][14][15][16] dengan adanya Wall Street di Lower Manhattan, tempat terletaknya Bursa Saham New York, bursa saham terbesar di dunia dari segi permodalan pasaran syarikat tersenarainya.

Bandar Raya New York

Ketinggian 33 ft (10 m)
Negeri New York
• Darat 304.8 batu persegi (789.4 km2)
• Musim panas (DST) UTC-4 (EDT)
• Bandar raya 8,336,697
• Kepadatan metro 2,800/batu persegi (1,100/km2)
Kaunti Bronx
Kings
New York
Queens
Richmond
• Kepadatan urban 5,400/batu persegi (2,100/km2)
• Jenis Datuk Bandar-Majlis
• Datuk Bandaraya Bill de Blasio
Laman web www.nyc.gov
Negara Amerika Syarikat
• Air 165.6 batu persegi (428.8 km2)
Zon waktu UTC-5 (EST)
Kod kawasan 212, 718, 917, 347, 646
• Kepadatan 27,532/batu persegi (10,630/km2)
Diduduki 1624
• Urban 18,223,567
kod ZIP
100xx-104xx, 11004-05, 111xx-114xx, 116xx
• Metro 19,006,798

Rujukan

WikiPedia: Bandar Raya New York ftp://dossier.ogp.noaa.gov/GCOS/WMO-Normals/RA-IV/... http://www.ebeijing.gov.cn/Sister_Cities/Sister_Ci... http://adage.com/datacenter/datapopup.php?article_... http://www.allbusiness.com/construction/4266400-1.... http://www.cincodias.com/articulo/mercados/Londres... http://www.citymayors.com/statistics/richest-citie... http://www.cnbc.com/id/29862382/The_World_s_Most_E... http://money.cnn.com/2007/06/13/real_estate/public... http://money.cnn.com/magazines/fortune/fortune500/... http://www.editorandpublisher.com/eandp/news/artic...