Kawasan Bandar_Baru_Selayang

  • Dataran Templer
  • Pinggiran Templer

Pembangunan utama di Selayang bermula pada tahun 80-an. Bandar Baru Selayang dibangunkan oleh Shah Alam Properties Sdn Bhd, yang mereka dan membangunkan tanah seluas 708 ekar sebagai pusat pembangunan baru bagi menampung limpahan Kuala Lumpur. Projek yang dilaksanakan mengandungi rumah teres setingkat dan dua tingkat, rumah pangsa kos rendah, beberapa unit terhad rumah bekembar dan juga pusat perniagaan beserta rumah kedai.

Selain itu, salah sebuah syarikat lain betanggungjawab memajukan Selayang adalah Bina Puri Holdings Bhd, yang membangunkan sebuah lagi medan pembangunan yang dinamakan Bukit Idaman. Bukit Idaman lebih menfokuskan kepada projek kondominium dan pangsapuri kos sederhana. Projek dimulakan pada 1986.