Perumahan Bandar_Rinching

Bandar Rinching dipanggil bandar dan tidak dikatakan taman kerana saiznya yang besar. Banyak perumahan di sini. Bandar Rinching dibangunkan oleh pemaju perumahan Rhombus Sdn Bhd pada tahun 1994. Rumah-rumah mula diduduki pada tahun 1996 lagi. Lebih 1000 unit rumah dibina , pelbagai jenis dan saiz dan harganya juga berbeza-beza.

Rumah-rumah yang didiami oleh penduduk kebanyakannya rumah teres 2 tingkat dan 1 tingkat. Bagi orang yang berada,kebanyakannya membeli Rumah Banglo . Ada juga rumah murah yang dibina untuk orang kebanyakan . Masing-masing membeli rumah mengikut kemampuan dan cita rasa . Keseluruhannya rumah-rumah di sini berpagar untuk mengelak daripada kecurian.

Pada waktu pagi banyak orang berjoging bagi menyihatkan badan.Terdapat juga taman permainan. Jumlah keseluruhan taman yang dibuat enam sahaja,sebab penduduknya terlalu ramai.

Di depan Bandar Rinching terdapat sebuah kawasan perumahan yang belum siap. Taman perumahan ini dijangka siap pada tahun 2005. Taman perumahan itu bernama Taman Pelangi Semenyih. Banyak kawasan perumahan telah dibina di kawasan Semenyih terutama antara bandar Semenyih hingga ke kawasan Beranang. Antaranya ialah Taman Tasik Kesuma, Taman Rinching Indah, Taman Senivasagam

Bandar Rinching tak pernah banjir kerana kediamannya terletak di atas bukit. Sungai yang berhampiran dengan Bandar Rinching ialah Sungai Rinching. Sungai ini kecil sahaja. Air sungainya mengalir dari bukit berdekatan . Air sungai ini agak kotor dan tercemar. Pencemaran dilakukan oleh kilang-kilang dan penduduk yang membuang sampah ke dalam sungai.