Kemudahan Bandar_Saujana_Utama

Bagi melestarikan lagi kehidupan harian penduduk di kawasan perbandaran ini, beberapa kemudahan telah disediakan pihak pemaju dan kerajaan. Di antara kemudahan tersebut adalah :

  • Balai Polis Saujana Utama

Balai Polis ini terletak di SU1 dan telah dirasmikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar.

  • Kelab Saujana Utama (SU Clubhouse)

Kelab ini terletak di kawasan SBCR dan mempunyai sebuah restoran iaitu Restoran Rumah Thai, kolam renang kanak-kanak, kemudahan gimnasium, gelanggang tenis dan lain-lain kemudahan lagi.

  • Elmina Equestrian Centre

Ia mula dibuka pada tahun 2000 dan terletak berhampiran Kelab Saujana Utama.Walau bagaimanapun, pusat ini telah ditutup pada tahun 2016.

  • Central Mart

Pusat membeli belah ini dibuka pada tahun 2008. Pengoperasi utama adalah pasaraya CentralMart. Dirasmikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Selain daripada itu terdapat beberapa gerai-gerai perniagaan di sini. Ia dibuka setiap hari dari 9.30am – 10.00pm.

  • Lain-lain kemudahan

Stesen minyak Petronas dan Shell, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional, Poslaju SU Mall Saujana Utama, sekolah menengah dan rendah, sek agama swasta,beberapa buah masjid, taman permainan kanak-kanak, SU Mall, klinik 1 malaysia, pusat tuisyen, klinik, dialysis centre, tadika, berdekatan dengan lebuhraya guthrie dan lain-lain lagi.