Bandar_Sri_Indah

Bandar Sri Indah (BSI) adalah sebuah bandar satelit di Tawau. Bandar ini merupakan pembangunan bandar yang terbesar di Sabah dan berkeluasan tiga kali ganda lebih besar berbanding Pusat Bandar Tawau.[1] Ia mengambil masa 15 minit perjalanan dari bandar Tawau serta dari Lapangan Terbang Tawau. Projek bandar ini telah dibangunkan oleh Syarikat Hap Seng Sdn. Bhd..Pembangunan bandar ini dibahagikan kepada beberapa fasa. Antara fasa-fasa tersebut ialah Biz Center Bandar Sri Indah (Fasa 3), Perumahan Taman Bandar Sri Indah (Fasa 2B) dan Taman Industri Bandar Sri Indah (Fasa 4A).