Ekonomi Bandar_Sri_Sendayan

Bandar Sri Sendayan asalnya merupakan kawasan penanaman kelapa sawit dan juga tanaman yang lain. Setelah dimajukan, sebuah pusat perindustrian diwujudkan dikenali sebagai Sendayan Techvalley. Antara syarikat multinasional yang telah membuat pelaburan di sini termasuk Hino, Daihatsu, Fibertex dan Safran.

Bandar Sri Sendayan juga semakin dikenali sebagai kawasan pelancongan. Kewujudan masjid unik yang dikenali sebagai Masjid Sri Sendayan telah menjadi tarikan pelancong untuk mengunjungi bandar ini. Sebuah pusat permainan outdoor juga telah dibina iaitu X'Park Sendayan yang menyediakan aktiviti seperti go-kart, golf range, ATV, buggy ride, dan sebagainya.