Bandar_Stargate

Bandar Stargate merupakan sebuah bandar baru yang terletak berhampiran Tandop dan terletak di Jalan Plaza Tol, Alor Setar. Pembangunan ini dijalankan oleh syarikat YIKED-DXN Stargate Sendirian Berhad,[1] iaitu merupakan usaha sama DXN Holdings Berhad dan Yayasan Islam Kedah (YIKED).[2]Projek ini didirikan di tanah seluas 124 hektar. Projek bandar baru ini menyasarkan pembinaan sebanyak 319 buah unit kedai, 1336 buah rumah, dan pangsapuri kos rendah sebanyak 500 buah kediaman.[2] Dijalankan dalam lima fasa, projek pembinaan dimulakan pada tahun 2007 dan dijangka siap pada tahun 2014.[1]Selain itu sebuah pasar raya besar Tesco yang diberi nama Stargate turut didirikan di sini dengan kos sebanyak RM50 juta.Selain itu, kampus sementera Kolej Universiti INSANIAH juga turut beroperasi disini .[3]