Ekonomi Bandar_Victoria

Pelabuhan Labuan, merupakan kawasan jalinan perekonomian yang terpenting di pulau ini.

Pada awalnya, produk utama yang dihasilkan di Labuan dan dieksport menerusi pulau ini termasuklah kopra, getah dan sagu.[14] Disebabkan Pelabuhan Labuan yang terletak berhampiran dengan bandar Victoria, maka pelabuhan itu sendiri menyediakan akses jalinan yang tepat dengan pusat bandar. Pelabuhan Labuan adalah dibina khas bagi membolehkan kapal besar laut dalam berlabuh, namun pada masa yang sama menyediakan perlindungan dari ancaman monsun. Kapal-kapal yang berlabuh merangkumi kapal kargo, kapal kontainer dan kapal besar persiaran. Dermaga utama melajur hingga 244 meter panjang dengan kedalaman teras mencapai 8.5 meter dan mampu menyediakan dok sangkutan kepada 16,0000 ton/DWT. Pelabuhan ini mengandungi empat dok dermaga. Terdapat 15,600 meter persegi ruang penyimpanan di pelabuhan dan dua rumah bengkel dan satu lapangan konteiner yang berukuran luas 10,0000 meter persegi. Ia boleh menempatkan 100,000 unit persamaan 20 kaki/TEUs pengkontenaran kargo setahun.Terdapat 5 jeti persendirian telah dibangunkan. Shell telah membangunkan sebuah dermaga khusus untuk tujuan petroleum, terdapat juga dermaga khas bagi bahan metanol, dan bijih besi. Di persisir terdapat jeti khusus untuk gandum dan jagung yang dikenali sebagai Jeti Pemunggahan Asas Se-Asia dan Jeti Gandum Sabah.[14]

Pusat Kewangan Victoria yang terletak disepanjang Jalan Merdeka menempatkan gabungan perbankan luar pesisir bertaraf antarabangsa, pusat insuran, dan syarikat amanah pelaburan. Bandar Victoria juga merupakan hab bantuan luar pesisir yang bertindak sebagai pengkalan aktiviti petroleum dan gas asli di wilayah ini. Pada 2012, Bandar Victoria telah merekodkan kira-kira 85, 000 orang dari kesemua penduduk di Malaysia dan Negara Brunei Darussalam. Terdapat satu pusat konvensyen yang bergabung dengan pusat beli belah. Kompleks pemodenan ini telah menambah taraf perkotaan sebagai salah satu hab kewangan bertaraf dunia di Lautan Pasifik.

Pada 27 Mac 2019, suatu Perintah Duti Kastam bagi Wilayah Persekutuan Labuan dibatalkan ini membolehkan Pulau Labuan secara amnya memberi jalan mudah kepada Labuan bagi mendapatkan status bebas cukai sepenuhnya[15] .

Data iklim untuk Victoria
BulanJanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNovDisTahun
Purata tinggi °C (°F)30
(86)
30
(86)
30.6
(87)
31.7
(89)
31.7
(89)
31.1
(88)
31.1
(88)
31.1
(88)
30.6
(87)
30.6
(87)
30.6
(87)
30
(86)
30.6
(87)
Purata rendah °C (°F)24.4
(76)
24.4
(76)
24.4
(76)
24.4
(76)
24.4
(76)
24.4
(76)
25
(77)
24.4
(76)
24.4
(76)
24.4
(76)
24.4
(76)
24.4
(76)
24.4
(76)
Kerpasan mm (inci)112
(4.4)
117
(4.6)
150
(5.9)
297
(11.7)
345
(13.6)
351
(13.8)
318
(12.5)
297
(11.7)
417
(16.4)
465
(18.3)
419
(16.5)
284
(11.2)
3,571
(140.6)
Sumber: Weatherbase[16]

Rujukan

WikiPedia: Bandar_Victoria http://www.ubd.edu.bn/academic/faculty/FASS/staff/... http://movies2.nytimes.com/learning/general/onthis... http://www.weatherbase.com/weather/weather.php3?s=... http://www.worldportsource.com/ports/commerce/MYS_... http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=116... http://www.bnm.gov.my/index.php?rp=19 http://library.perdana.org.my/Digital_Content/NLM/... http://www.jstor.org/stable/41493733 //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=B... http://www.ttc.edu.sg/csca/rart_doc/treacher1891.p...