Banja_Luka
Banja_Luka

Banja_Luka

Banja Luka (Cyrillic: Бања Лука, disebut [bǎɲa lǔːka]) atau Banjaluka (Cyrillic: Бањалука) ialah bandar terbesar di Republika Srpska dan kedua terbesar di Bosnia dan Herzegovina selepas ibu negara Sarajevo. Ia merupakan pusat kepada wilayah Bosanska Krajina, terletak di bahagian barat laut negara. Ia menempatkan Universiti Banja Luka, selain banyak lagi institusi entiti dan negara di Bosnia dan Herzegovina. Kota ini terletak di tebing Sungai Vrbas. Berdasarkan bancian pada tahun 2013, bandar Banja Luka didiami oleh 185,042 penduduk.[1]