Banjaran_Gunung_Andes
Banjaran_Gunung_Andes

Banjaran_Gunung_Andes

Banjaran Andes membentuk jajaran pergunungan terbuka yang terpanjang di dunia.[1] Pergunungan ini terbentang sebagai satu rangkaian tanah tinggi yang berterusan sepanjang pantai barat Amerika Selatan. Ia berukuran melebihi 7,000 km panjang, 500 km lebar di beberapa tempat (paling lebar di latitud 18º hingga ke 20º S) dan purata 4,000 m tinggi.Banjaran ini terdiri daripada dua rangkaian pergunungan utama iaitu kordilera timur dan barat. Kedua-duanya dipisahkan oleh satu lekukan pertengahan yang dalam yang membentuk beberapa rangkaian kecil lain. Salah satu daripadanya ialah kordilera pinggir laut Chile. Kordilera ini bermula dari peghujung benua Amerika Selatan dan melunjur ke arah utara sejajar dengan pinggir laut. Rangkaian pergunungan ini dipecahkan menjadi pulau-pulau kecil di permulaannya. Selepas itu, ia membentuk sempadan bahagian barat lembah besar Chile. Ke utara, jajaran pinggir laut ini bersambung membentuk beberapa permatang kecil atau bukit-bukau yang terpencil sepanjang Lautan Pasifik sehingga sejauh Venezuela. Pergunungan ini melalui sejumlah tujuh buah negara iaitu Argentina, Bolivia, Chile, Colombia, Ecuador, Peru dan Venezuela. Sebahagian daripada negara-negara ini turut digelar sebagai negara-negara Andes.Banjaran ini diukur sebagai rangkaian pergunungan tertinggi di luar benua Asia. Puncak paling tinggi, iaitu Aconcagua berdiri setinggi 6,962 m di atas paras laut. Sementara itu, puncak Gunung Chimborazo di Ecuador pula ialah kedudukan di muka bumi yang paling jauh dari pusatnya yang terbentuk akibat bonjol khatulistiwa.