Korban Banjir_Malaysia_2020–21

Di Kelantan, dua orang lelaki terkorban dalam banjir ini iaitu di Kampung Tasek Gong Kala, Pasir Puteh akibat lemas sewaktu cuba mengharungi banjir setelah ditemui terapung dalam parit pada 4 Disember 2020[27] manakala seorang lagi lemas apabila terjatuh daripada perahu yang didayung di Kuala Krai pada 9 Januari 2021 ketika membawa dua mangsa banjir ke pusat pemindahan banjir.[28]

Pahang pula mencatatkan angka tertinggi iaitu lima orang yang maut akibat banjir. Dua beranak terkorban selepas dihanyutkan arus deras Sungai Puas, Jerantut, Pahang.[29][30] 2 hari kemudian, seorang lagi remaja lelaki ditemui di Jerantut yang lemas akibat bermain air banjir.[31] 2 lagi maut akibat nahas banjir di Kuantan. Seorang daripadanya maut selepas terkena renjatan elektrik di Kampung Paya Kechik, Temerloh[32] manakala seorang lagi lemas akibat bot yang dinaiki terbalik.[33]

Tiga lagi korban melibatkan seorang wanita, menjadikan mangsa maut akibat banjir pertama di Kluang, Johor pada 2 Januari 2021 yang tergelincir ke dalam longkang besar setelah cuba untuk keluar dari rumahnya untuk menuju ke pusat pemindahan banjir[34] manakala dua orang lagi adalah lelaki yang ditemui lemas di Jalan Kluang-Mersing[35] dan jalan pintas Kampung Melayu Nyior ke Kampung Bentong.[36]

Rujukan

WikiPedia: Banjir_Malaysia_2020–21 http://www.circleofasia.com/Geography-and-Climate-... http://infobencanajkm.jkm.gov.my/index.php http://www.kjc.gov.my/english/education/weather/mo... http://www.met.gov.my/ClimateChange2007/session1b/... http://web.archive.org/web/20201204031924/https://... http://web.archive.org/web/20210103054404/https://... http://web.archive.org/web/20210104114038/https://... http://web.archive.org/web/20210104114956/https://... http://web.archive.org/web/20210110104457/https://... http://web.archive.org/web/20210110104717/https://...