Banjir_Romania_2010

Banjir Romania 2010 mwenyebabkan 21 orang terbunuh pada Jun 2010 di County Suceava timur laut Romania. Ribut dan banjir menyebabkan kemusnahan di Alba, Arad, Bacau, Botosani, Brasov, Cluj, Hunedoara, Iasi, Mehedinti, Neamt, Olt, Prahova, Salaj, Sibiu, Suceava, Timis, Tulcea, Valcea dan Vrancea.Banjir Romania 2010 disebabkan oleh cuaca melampau yang melanda Romania pada akhir Jun 2010. Sekurang-kurangnya 21 orang dilaporkan terbunuh. Timur laut negara tersebut terutama County Suceava paling banyak terjejas.[1][2][3] Turut terjejas adalah Chernivtsi Oblast berjiranan dengan Ukraine.[4][5][6][7]Pada 29 haribulan Sungai Siret mengancam untuk memecah tambak yang melindungi bandar Sendreni, ketika orang tempatan dan perkhidmatan kecermasan mengukuhkan tambak dengan berlori-lori beg pasir bagi menghalang air sungai melempah dan membanjiri bandar.[8]Perdana Menteri Romania Emil Boc meninjau kawasan banjir di Suceava dan Botosani. Sumber rasmi menyatakan ratusan penduduk dipindahkan dan ratusan rumah telah musnah.