Sejarah Banjo

Perkataan "banjo" mula tercatat sejak abad ke-18 dan awal abad ke-19[2] dengan banyak ejaan berbeza seperti bangie, banza, bonjaw,[3] banjer[4] and banjar; namun asal-usul kata ini banyak diperdebatkan - sama ada daripada perkataan bahasa Kimbundu mbanza,[5] iaitu sejenis alat bertali lima, sebutan pelor bandore atau bandurria (menurut Oxford English Dictionary)[6] mahupun sebuah tarian tradisi kaum Afrika-Caribbean iaitu "banya".[7]

Alat banjo yang dikenali umum datang daripada rantau kepulauan Caribbean sejak abad ke-17 hasil kacukan unsur budaya banyak hamba-hamba yang dibawa dari Afrika Barat melalui Perdagangan Hamba Atlantik. Banyak alat bertali yang wujud menampilkan bentuk sedikit sebanyak mirip banjo moden dari rantau ini:

Model-model awal alat ini terbina dengan bentuk badan berbentuk labu dengan leher batang kayu serta bilangan tali yang pelbagai. Binaan sebegini lama-kelamaan membeza dengan munculnya ciri papan menjari (fingerboard) serta tombol penala hasil pengaruh Barat seawal kurun ke-17 di Caribbean.[8]

Alat muzik ini mula dikenali secara umumnya melepasi budaya masyarakat Afrika Amerika dan kulit putih luar bandar melalui pertunjukan minstrel yang muncul sepanjang abad ke-19.[12][13][14][15]

Rujukan

WikiPedia: Banjo http://www.oed.com/view/Entry/15231?redirectedFrom... http://www.oxfordmusiconline.com/subscriber/articl... http://www.thebanjoguru.com/music/276-how-did-banj... http://www.birthplaceofcountrymusic.org/index.cgi?... http://www.ibma.org/about.bluegrass/history/index.... http://www.traditionalmusic.co.uk/whatisoldtime/ol... https://books.google.com/books?id=GFa7KVPWmKwC&pg=... https://books.google.com/books?id=vqpoxEl_0_4C&pg=... https://archive.is/20121229072104/http://www.myspa... https://archive.org/stream/hamelobeahman00hamegoog...