Bantahan_Bahrain_2011

Bantahan Bahrain 2011 merupakan peristiwa tunjuk perasaan yang berlaku di negara Bahrain di Teluk Parsi. Tujuan orang Bahrain menunjuk perasaan adalah untuk menuntut lebih kebebasan politik dan hormat kepada hak asasi manusia,[1] serta menyeru supaya rajanya turun takhta[2] ekoran serbuan ganas terhadap penunjuk perasaan di Bulatan Mutiara, Manama pada 17 Februari.[3][4]Di Manama, para penunjuk perasaan berkhemah selama berhari-hari di Bulatan Mutiara yang berfungsi sebagai pusat protes besar-besaran. Selepas sebulan, kerajaan Bahrain memohon bantuan tentera dan polis dari Majlis Kerjasama Teluk yang tiba pada 14 Mac; pada hari keesokannya, Raja Bahrain mengisytiharkan darurat dan pemerintahan tentera selama tiga bulan.[5][6]

Berkaitan