Bantahan_Thailand_2020-2021
Bantahan_Thailand_2020-2021

Bantahan_Thailand_2020-2021

Para pembantah:
(tidak ada kepemimpinan terpusat)dll.Media bersimpatiMedia bersimpatiBantahan Thailand 2020-2021 merujuk kepada siri protes yang ditujukan kepada pemerintahan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha serta protes untuk menuntuk reformasi terhadap sistem monarki Thailand. Secara amnya, tunjuk perasaan ini terdiri daripada para mahasiswa tanpa sebarang ketua.[6] Pada awalnya, tunjuk perasaan ini terbit daripada pembubaran Future Forward Party pada 2019 yang dijalankan di universiti-universiti Thailand. Meskipun begitu, tunjuk perasaan ini terhenti seketika akibat pandemik COVID-19 di Thailand.Tunjuk perasaan dilancarkan semula pada 18 Julai dengan demonstrasi besar yang diadakan di bawah payung Pemuda Bebas di Monumen Demokrasi, Bangkok. Tiga tuntutan diajukan kepada pihak kerajaan Thailand: pembubaran parlimen, mengakhiri pengancaman rakyat dan penggubalan perlembagaan baharu. Protes pada bulan Julai dipicu oleh kesan pandemik COVID-19 dan penguatkuasaan perintah darurat dan tersebar ke seluruh negara.Pada 3 Ogos, dua kumpulan pelajar secara terbuka membangkitkan permintaan demi reformasi sistem beraja, mencanggahi pantang larang dalam mengkritik sistem beraja. Seminggu kemudian, 10 permintaan reformasi telah dikemukakan. Pada 19 September, sebuah protes melibatkan 20 ke 100 ribu orang penunjuk perasaan muncul dan disifatkan sebagai cabaran terbuka kepada Raja Vajiralongkorn. Setelah berlaku protes besar-besaran pada 14 Oktober, sebuah perintah darurat "kritikal" telah diisytiharkan di Bangkok dengan alasan penghalangan perarakan diraja oleh pihak penunjuk perasaan. Namun begitu, tunjuk-tunjuk perasaan masih dijalankan. Perintah darurat tersebut ditamatkan pada 22 Oktober, diikuti dengan protes untuk memohon peletakan jawatan Prayut pada 24 Oktober. Sebuah sesi Parlimen tergempar akan dijalankan pada 26 ke 27 Oktober.

Bantahan_Thailand_2020-2021

Status Sedang berlangsung
  • Dihentikan selama lima bulan karena ketiadaan sesi akademik akibat pandemik COVID-19.
Tarikh
  • Tahap 1: Februari 2020
  • Tahap 2: Sejak 18 Julai 2020 (2020-07-18)
    (7 bulan dan 14 hari)
Matlamat
  • Pembubaran Dewan Perwakilan Thailand dan pilihan raya umum baharu.
  • Mengakhiri pengancaman rakyat.
  • Perancangan perlembagaan baharu.
  • Penghapusan senat yang dipilih pihak tentera.
  • Pindaan hak prerogatif dan hukum lèse majesté.
  • Peningkatan hak sivil, ekonomi, dan politik.
Tercedera 0
Ditangkap 16
Didakwa 63+
Lokasi
Thailand serta beberapa tunjuk perasaan di luar negara
Penyerahan Usul pemindaan perlembagaan diperdebatkan di Parlimen; forum dialog parlimen.
Maut 0
Punca
Kaedah Tunjuk perasaan, flash mob, mogok duduk, aktivisme Internet, petisyen

Berkaitan