Bapa_Pengasas_Amerika_Syarikat
Bapa_Pengasas_Amerika_Syarikat

Bapa_Pengasas_Amerika_Syarikat

Bapa Pengasas Amerika Syarikat merujuk kepada segolongan ahli politik dan negarawan yang terlibat dalam kemerdekaan Amerika Syarikat dengan menandatangani Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat, mengambil bahagian dalam Perang Kemerdekaan Amerika Syarikat, mewujudkan Perlembagaan Amerika Syarikat, atau sumbangan penting yang lain. Dalam kumpulan besar yang dikenali sebagai "Bapa Pengasas", terdapat dua kelompok: pertama "Para Penandatangan Perisytiharan Kemerdekaan" (mereka yang menandatangani Perisytiharan Kemerdekaan Amerika Syarikat pada tahun 1776) dan "Para Penggubal Perlembagaan" (mereka yang menjadi delegasi ke Konvensyen Persekutuan dan mengambil bahagian dalam merangka merangka atau menggubal cadangan Perlembagaan Amerika Syarikat). Kebanyakkan para sejarawan mentaksirkan "Bapa Pengasas" sebagai kumpulan besar, termasuk bukan hanya setakat Para Penandatangan dan Para Perangka tetapi juga kesemua mereka, yang mana terdiri dari ahli politik, para juri, negarawan, tentera, diplomat, atau rakyat biasa, yang mengambil bahagian dalam kemerdekaan Amerika dan penubuhan Amerika Syarikat.[2] Ahli sejarawan Amerika, Richard B. Morris, dalam sebuah buku beliau pada tahun 1973 yang bertajuk Seven Who Shaped Our Destiny: The Founding Fathers as Revolutionaries, mengenalpasti tujuk tokoh berikut sebagai Bapa Pengasas utama:Warren G. Harding, kemudian menjadi Senator Republikan dari Ohio, menggunakan fasa "Bapa Pengasas" di dalam ucaptama beliau di Konvensyen Kebangsaan Republikan 1916. Beliau menggunakan fasa ini beberapa kali selepas itu, paling penting semasa ucaptama sulung beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat pada tahun 1921.[4]