Bar_pingat
Bar_pingat

Bar_pingat

Bar pingat (medal bar) atau pingat semat (medal clasp) ialah sejenis bar logam nipis yang dilekatkan pada reben sesuatu anugerah kebesaran tentera, anugerah kebesaran awam, atau pingat yang lain. Ia paling biasa digunakan untuk menunjukkan kempen ketenteraan atau operasi ketenteraan yang melibatkan si penerima, dan pelbagai bar di pingat yang sama digunakan bagi menunjukkan penerima telah memenuhi kriteria untuk menerima pingat dalam pelbagai kancah peperangan.Apabila digunakan bersama dengan pingat bintang untuk perkhidmatan yang luar biasa, seperti pingat keberanian, istilah "dan bar" bermaksud bahawa anugerah tersebut telahpun dikurniakan beberapa kali. Sebagai contoh, "Grup Kapten Leonard Cheshire, VC, OM, DSO dan Dua Bar, DFC", "DSO dan dua bar" bermaksud bahawa Distinguished Service Order telah dikurniakan dalam tiga peristiwa yang berlainan. Satu konvensyen biasa British menandakan bar-bar dengan penggunaan asterisk; oleh itu, DSO** akan melambangkan DSO dan dua bar.Bar juga telah digunakan pada pingat khidmat lama bagi menunjukkan tempoh perkhidmatan yang diberikan.Kedua-dua istilah telah digunakan kerana istilah "bar" dan "semat" merujuk kepada dua bahagian pingat tersebut; penunjuk yang dibincangkan dalam artikel ini, dan bahagian daripada pingat yang bersambung dengan reben.