Rawatan Barah_tulang

Rawatan tumor tulang bergantung kepada jenis tumor yang dikenal pasti.

Kimoterapi dan radioterapi

Kemoterapi dan radioterapi adalah berkesan bagi sesetengah tumor (seperti sarcoma Ewing) tetapi kurang berkesan pada jenis tumor yang lain (seperti kondrosarkoma).[2]

Terdapat pelbagai protokol rawatan kimoterapi bagi tumor tulang. Protocol dengan kadar kemandiran terbaik dilaporkan bagi kanak-kanak dan dewasa adalah protokol intra-arterial di mana tindak balas tumor dijejak melalui siri arteriogram. Apabila tindak balas tumor mencecah >90% necrosis campur tangan pembedahan akan dirancang. [3] [4]

Rawatan pembedahan

Perubatan

Salah satu kebimbangan utama adalah kepadatan tulang dan kehilangan tulang. Bisphosphonate bukan hormon mampu meningkatkan kekuatan tulang dan tersedia sebagai pil preskripsi sekali seminggu. Metastron juga dikenali sebagai strontium-89 chloride merupakan ubat intravenous yang diberikan bagi menangani kesakitan dan boleh diberikan pada kala setiap tiga bulan. Suntikan klorid Strontium generik Sr-89 UPS, dihasilkan oleh Bio-Nucleonics Inc., merupakan versi generik Metastron.[5]

Rawatan pembedahan

  • Pemotongan

Rawatan bagi sesetengah barah tulang mungkin membabitkan pembedahan, seperti pemotingan anggota badan, atau pembedahan menyelamatkan (“sparing surgery “) anggota badan (sering kali bersama gabungan dengan kimoterapi dan terapi radiasi). Pembedahan menyelamatkan anggota badan, atau pembedahan guna semula (“salvage surgery “) anggota badan, bererti anggota tangan atau kaki diselamatkan dari dipotong. Disebalik memotong anggota tersebut, tulang yang berkaitan dibuang dan ini dilakukan dalam dua cara (a) graft tulang, di mana tulang di ambil dari bahagian lain badan atau (b) tulang buatan dimasukkan. Pada pembedahan kaki atas, pembedahan guna semula prostesis juga ada.

Pembedahan lain dikenali sebagai putaran van-ness atau rotationplastiy yang merupakan bentuk pemotongan, di mana kaki pesakit diputar ke atas 180 darjah dan kaki terbalik digunakan sebagai lutut.

Jenis pemotongan:

Kaki
  • Atas lutut
  • Bawah lutut
  • Simes
  • Disartikulasi pinggang ("Hip disarticulation")
  • Hemipelvektomi atau bahagian bawah, di mana keseluruhan kaki dibuang bersama sebahagian peha
Tangan
  • Bawah siku
  • Atas siku
  • Disartikulasi bahu ("Shoulder disarticulation")
  • Pemotongan sukuan depan (Pemotongan keseluruhan tangan, termasuk tulang belikat dan clavicle)

Pemotongan paling radikal adalah hemicorporectomi (translumbar atau pemotongan pinggan) yang membuang kaki, pelvic, system kencing, system najis dan kawasan alat sulit (zakar/kerandut zakar bagi lelaki dan faraj /vulva bagi perempuan). Operasi ini dilakukan dalam dua tahap. Tahap pertama membentuk saluran kolostomi kencing, tahap kedua adalah pemotongan. Ini adalah operasi mencacatkan dan hanya dilakukan sebagai langkah terakhir (contoh. Malah pembuangan pelvik (“pelvic exenteration”) tidak berjaya atau bagi kes barah pelvik/barah pembiakan yang teruk)

Keputusan bergantung kepada jenis tumor. Keputusan dijangka baik bagi orang dengan tumor bukan barah (benign), sungguhpun sesetengah tumor benign mungkin akhirnya membentuk (malignant). Bagi tumor tulang malignant yang tidak merebak, kebanyakan pesakit berjaya disembuhkan, tetapi kadar sembuh bergantung kepada jenis barah, lokasi, saiz, dan faktor lain.

Rujukan

WikiPedia: Barah_tulang http://icd9.chrisendres.com/index.php?action=searc... http://www.thedenverclinic.com/images/stories/Publ... http://www.thedenverclinic.com/images/stories/Publ... http://www.umdnj.edu/tutorweb http://www.fda.gov/Drugs/DevelopmentApprovalProces... http://www.nlm.nih.gov/cgi/mesh/2020/MB_cgi?field=... http://www3.who.int/icd/currentversion/gc40.htm#c4... http://www3.who.int/icd/currentversion/gc40.htm#c4... http://info.cancerresearchuk.org/cancerstats/types... http://www.mountsinai.org/Patient%20Care/Service%2...