Kehidupannya Barakah

Berikutan pemergian Abdullah atas urusan perniagaan, Barakah menjadi pembantu peribadi kepada isteri Abdullah iaitu Aminah binti Wahab.

Apabila Aminah melahirkan Nabi Muhammad S.A.W, Barakah bertindak sebagai pengasuh dan penjaga kepada baginda. Setelah Aminah meninggal dunia, Barakah bersama-sama baginda menetap di rumah Abdul Muttalib.

Setelah baginda bernikah dengan Khadijah binti Khuwalid, beliau mengikuti baginda dan menetap di rumah baginda.

Hasil usaha baginda bersama isteri baginda iaitu Khadijah, Barakah dinikahkan dengan anak angkat baginda iaitu Zaid ibn Harithah. Daripada perkahwinan pasangan ini lahirlah Usamah ibn Zaid.