Barisan_Pembebasan_Kebangsaan
Barisan_Pembebasan_Kebangsaan

Barisan_Pembebasan_Kebangsaan

Barisan Pembebasan Kebangsaan adalah parti yang mengawal dan mengarahkan kumpulan pejuang Viet cong di Vietnam Selatan.Barisan Pembebasan Kebangsaan ditubuhkan pada 20 Disember 1960, dan menjadi penentang utama Kerajaan Kolonial Perancis dan seterusnya Kerajaan Vietnam Selatan dan sekutunya Amerika Syarikat semasa Perang Vietnam. Nama penuh pergerakan ini adalah Barisan Pembebasan Kebangsaan Vietnam Selatan dan dalam Bahasa Vietnam ia dipanggil Mặt Trận Dân Tộc Giải Phóng Miền. Sayap bersenjata pergerakan ini dikenali sebagai Pasukan Bersenjata Pembebasan Rakyat (People's Liberation Armed Forces) yang lebih dikenali sebagai (Viet Cong).Pertubuhan ini adalah serpihan daripada Viet Minh yang berpusat di Vietnam Utara. Apabila Viet Cong mula memerangi kerajaan Vietnam Selatan secara terbuka, infrastruktur yang diwujudkan oleh Barisan Pembebasan Kebangsaan sudah bertapak selama 20 tahun dan sudah kukuh dan meluas. Organisasinya begitu teratur sehingga Barisan Pembebasan Kebangsaan mempunyai sistem pungutan cukai.Barisan Pembebasan Kebangsaan terdiri daripada dua kumpulan berbeza (i) para intelek Vietnam Selatan, seperti Truong Nhu Tang, yang menentang kerajaan pimpinan Ngo Dinh Diem dan (ii) anasir Komunis seperti Nguyen Thi Binh, yang terus tinggal di Vietnam Selatan selepas pembahagian Vietnam dan penghijrahan beramai-ramai tahun 1954.