Barnabas atau Saint Barnabas (St Barnabas) adalah seorang
Yahudi yang dilahirkan di Salamis,
Cyprus. Dia adalah anak kepada sebuah keluarga Yahudi berketurunan dari dinasti Levi di
Syria. Namanya ialah Joses atau Joseph, jika diterjemah ke
bahasa arab menjadi Yusuf. Beliau dipercayai merupakan salah seorang dari 12
Al-Hawariyyun (12 Diciples) yang setia dan kerana ketaatan beliau kepada
Nabi Isa, para ‘
appostle’ lain telah menggelarkannya dengan nama Barnabas; istilah ini membawa maksud "Anak Saguhati" atau "Anak pengajaran" juga disebut “Anak Penghiburan”. Diriwayatkan, Barnabas pernah bersama
Isa a.s selama 3 tahun dalam membantunya menyampaikan ajarannya dan ia berbeza dengan 4 tokoh penulis-penulis injil atau gospel yang telah disebutkan (Paul, Matthew, Luke dan John) kerana para penulisnya tidak pernah bersama Isa a.s." Selepas ketiadaan Nabi Isa a.s, beliau adalah seorang pendakwah yang berjaya dengan personaliti seperti magnet. Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Nasrani. Barnabas telah merantau dari
Palestin hingga ke banyak tempat untuk berdakwah termasuklah ke
Damsyik dan dari Philip ke
Sinai sehinggalah dalam tahun 75M dia dikatakan telah shahid setelah dibunuh (ada pendapat mengatakan disalib) ketika menyebarkan dakwahnya di
Salamis,
Cyprus.