Pembantu Batman

  • Robin, tidak dapat dinafikan, merupakan pembantu Batman terpenting. Terdapat lima orang remaja yang pernah memegang peranan Robin, iaitu Dick Grayson (yang kemudian menjadi Nightwing), Jason Todd (yang dibunuh oleh Joker), Tim Drake, Stephanie Brown dan Carrie Kelly.
  • Alfred Pennyworth merupakan ketua pembantu rumah agam Wayne yang setia dan bagaikan bapa kepada tuannya.
  • James "Jim" Gordon merupakan bekas pesuruhjaya polis Gotham dan bekerjasama dengan Batman secara rapat meskipun terdapat perbezaan dalam pendekatan mereka untuk membasmi jenayah.

Batman juga dibantu Superman dan ahli Justice League yang lain (hampir kesemua watak wira perkasa DC Comics) dalam kembara membasmi kejahatan di Bumi dan angkasa.

Berkaitan