Etimologi Beckenham

Penempatan ini dirujuk sebagai Bacheham dalam Domesday Book 1086, dan di Textus Roffensis sebagai Becceham.[2] Nama ini dianggap berasal dari rumah ladang Beohha (Beohhan + ham dalam Bahasa Inggeris Lama).[3] Nama aliran kecil di sini - Sungai Beck - kemungkinan besar telah dinamakan sempena kampung itu.