Gambaran Becquerel

Dalam satu bahan radioaktif berjisim tetap, jumlah becquerel berubah dengan masa. Dalam sesetengah keadaan, jumlah bahan radioaktif adalah diberikan selepas perubahan dalam suatu tempoh masa. Misalnya, seseorang mungkin memetik jumlah perubahan selepas sepuluh hari, iaitu, amaun keradioaktifan yang masih wujud selepas sepuluh hari. Ini mengurangkan penekanan terhadap isotop berhayat pendek.

Sistem Unit Antarabangsa memilih menggunakan unit Becquerel berbanding dengan selingan saat (s-1) untuk unit pengukuran aktiviti ini, khususnya atas pertimbangan bahaya terhadap kesihatan manusia yang mungkin akan timbul akibat kesilapan membabitkan penggunaan unit salingan saat tersebut. Olej itu, penggunaan unit Becquerel membawa kepada sesebuah sumber yang lebih aktif (maka sekiranya semua malar, adalah sumber yang lebih berbahaya) itu mempunyai angka yang lebih besar. Menggunakan 1/s atau s sebagai sesaat pula mungkin akan menjurus kepada kekeliruan dengan unit lain yang menggunakan takrifan yang sama, seperti Hertz misalnya.